FoLLow mY sTorieezyy,,

INFO AGAMA : MEWARNAKAN RAMBUT

ASSALAMUALAIKUM...

DARI BUKU DARA...EDISI JULY..
AZZ NAK BERKONGSI NGN KORANG LAGI...
mybe ada yang tak tahu dan ingin tahu...
nah azz bgi....

NIE SOALAN-SOALAN - DARI PAGE -SOAL JAWAB AGAMA - KAPTEN HAFIZ FIRDAUS ABDULLAH

SOALAN INI DARIPADA :
HAFIZAH MOHKTAR, SENTUL, KUALA LUMPUR

SOALANNYA


Adakah dibolehkan WANITA ISLAM 
MEWARNAKAN 
atau 
MENGERINTINGKAN rambutnya 
dengan keizinan suami jika gaya tersebut yang lebih disukai suaminya??????

JAWAPAN :

YA, seorang isteri boleh mewarnakan atau mengerintingkan rambutnya dengaN

:::::SYARAT::::

 ia hanya DIDEDAHKAN kepada SUAMI  DAN MAHRAMNYA.
ada pun jika isteri keluar ke KHAYALAK RAMAI (bukan mahram),
dia HENDAKLAH menutup aurat dengan memakai tudung bagi menutupi rambut tersebut.

MENUTUP AURAT...

SELAIN ITU, terdapat perbincangan berkenaan HUKUM WUDUK bagi orang yg 
meWARNAKAN RAMBUTNYA.

ada yang berkata TIDAK SAH kerana pewarna telah menghalang air 
DARIPADA MENYENTUH RAMBUT.
ada yang berkata SAH kerana ketika BERWUDUK,
seseorang itu tidak disyaratkan membasuh rambutnya , sebagaimana anggota lain (MUKA, TANGAN ,KAKI)
akan tetapi memadai menyapu (MENGUSAP) KEPALANYA.


PERBUATAN membaush memerlukan air mengalir yang MENYENTUH
PERMUKAAN KULIT UNTUK MEMBASUHNYA

sementara perbuatan menyapu memadai dengan MENYENTUH TANGAN yang BASAH
ke atas KEPALA bagi MELEMBABKANNYA. 

TANGAN BASAH tersebut boleh 
menyentuh rambut atau KULIT KEPALA atau kedua-duanya, baik sebahagian atau seluruhnya.

PERBEZAAN antara basuh dan sapu dapat dilihat dalam FIRMAN ALLAH berkenaan WUDUK:

Wahai orang-orang yang beriman , apabila kamu hendak mengerjakan sembahyang, makan (BERWUDUKLAH) iaitu basuhlah muka kamu, kedua belah tangan kamu meliputi sikut,
SAPULAH KEPALA kamu, dan basuhlah kedua belah kaki kamu meliputi buku lali.
{al-maidah 5:06}

DI ANTARA DUA PENDAPAT INI, 
lebih utama dipilih pendapat yang lebih sleamat yakni tidak 
mewarnakan rambut demi menjaga KEABSAHAN WUDUK.

sharing is caring:

No comments:

Post a Comment

ringANkan jari jemari anda utk mengomen..
kalau xde email ke jangan risau
click comment as tu PILIH anonymous
tq...

JOM TENGOK ENTRY YANG LAIN :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...