Ketahui mitos VS fakta...
1.PERAPI RAMBUT BOLEH MEMPERBAIKI RAMBUT BERCABANG.
MITOS - tdk kiralah seberapa bnyk iklan perapi yang mengaku boleh memperbaiki rambut bercabang,
kenyataanya tidak sedemikian . perapi sememangnya boleh memperbaiki kutikula sehingga rambut bercambang berkurang. namun hujung rambut yang telah bercabang akan tetap ada. satu-satunya cara untuk menyingkirkan hujung rambut bercabang adalah dengan memotongnya secara teratur setiap empat hingga enam minggu
2. JANGAN TIDUR DENGAN RAMBUT BASAH KERANA KURAP AKAN TUMBUH.
MITOS - kamu sebenarnya boleh tidur dengan rambut basah tanpa risau kurap atau bakteria akan tumbuh di kulit kepala. kulit kepala tidak akan didatangi kurap atau sebarang bakteria sekiranya kamu rajin merawak dan menjaga kulit kepala agar sentiasa bersih.
3. RAMBUT AKAN TUMBUH LEBAT DENGAN BERSIKAT 100 KALI SEHARI.
MITOS - SIKAT BERLEBIHAN BOLEH MEROSAKKAN RAMBUT..
4. BERKONGSI SIKAT BOLEH MENYEBARKAN PENYAKIT.
FAKTA - setiap orang harus punyai sikat sendiri. sejumlah parasit seperti kutu boleh hidup pada sikat dan ia mudah akan menular dari satu kepala ke kepala yang lain.
5. LEBIH BANYAK BERSYAMPU MEMBUATKAN RAMBUT LEBIH BERSIH.
MITOS - tidak kisahlah seberapa bnyk syampu yang kamu gunakan , asalkan ia telah membersihkan keseluruhan rambut hasilnya akan sama sahaja. jangan membazir syampu dan gunakalah dengan jumlah yang secukupnya...
6. MAKANAN MEMPENGARUHI KUALITI DAN KESIHATAN RAMBUT
FAKTA - apa yang kamu makan memiliki kesan terhadap kualiti dan kesihatan rambut. pola makan yang seimbang ditambah pula dengan suplemen mutivitamin akan membuatkan rambut kamu tumbuh lebih sihat dan bersinar.
7. MENGIKAT RAMBUT DENGAN TEGAND DAN KETAT BOLEH MENYEBABKAN KEBOTAKAN.
FAKTA - mengikat rambut tegang atau tertarik boleh menyebabkan alopecia. situasi ini terjadi apabila kamu sering mengikat rambut secara ketat tanpa membiarkan rambut berehat.. apolecia memang boleh mengakibatkan kebotakkan..
kalu mcm saya kulit kepala ade mcm kuping tu mcm ner..kalu ltk minyak lg la...bleh anda tlg uruskan..
ReplyDeletetunggu entry yg seterusnya ye...
Delete