Assalamualaikum, hye
Tajuk kalinie haha Merapu tapi boleh dikatakan GENERAL INFO la.. untuk semua jugak..
boleh la selit story nie dalam My Storieyyzzzz
.
.
Yes. Anime secara spesifiknya merujuk kepada animasi Jepun. Asal-usul term "anime" sendiri pun dari Jepun. Jadi, Perbezaan besar yang membezakan anime dengan kartun ialah negara asal masing-masing. Contoh macam Spider-man. Asal dari Amerika kan? Pernah ke orang cakap, "Eh, anime Spider-man yang aku tengok kat tv semalam cakap Melayu la." Tak, tak pernah kan. haha
i pun tengok ja rancangan kanak2 siap p tgk wayang lgi. hahaha best kot animasi2 nie.
sesetengah anime yang ada rating seperti R, PG13, PG18, mature etc. memang bukan untuk ditonton oleh budak-budak. Those are just not for kids. dekat manga pun ada rating macam tu tau.
sesetengah anime yang ada rating seperti R, PG13, PG18, mature etc. memang bukan untuk ditonton oleh budak-budak. Those are just not for kids. dekat manga pun ada rating macam tu tau.
KENAPA ????
sebab kandungan anime/manga itu sendiri. so bila dah ada rating kau faham2 sendiri kandungan cerita macam mana . ada juga anime genre ganas (penuh dengan aksi membunuh, darah, anggota badan berkecai berterbangan, gore and all that stuff). sangat tak sesuai utk mental budak2. koyak beb mental bdk2 boleh trauma.
sebab kandungan anime/manga itu sendiri. so bila dah ada rating kau faham2 sendiri kandungan cerita macam mana . ada juga anime genre ganas (penuh dengan aksi membunuh, darah, anggota badan berkecai berterbangan, gore and all that stuff). sangat tak sesuai utk mental budak2. koyak beb mental bdk2 boleh trauma.
anime owari no seraph |
uuntu genre romance pun sama , ada rating dia .
maybe untuk REMAJA 15 Tahun keatas bleh la nak tengok.
ya ! REMAJA bukan kanak-kanak. sekolah rendah. lagipun CERITA orang luar wey, haha faham2 sendiri. kalau panggung pun depa cut. inikan anime hahaha sorry takda cut.
anime sukitte ii na yo ( romance ) |
anime : wotakoi LOVE IS HARD FOR AN OTAKU ( character umur 26 . 27 dan 28 tahun ) this is adult anime |
3. Keunikan character design dalam anime
Kalau nak bezakan anime dengan kartun, paling senang nak tengok adalah part mata. Mata watak-watak anime selalunya dilukis dengan besar dan ada perincian yang khusus. Biasanya watak perempuan ada mata yang lebih besar. Trend 'mata besar' ni sebenarnya dimulakan oleh Tezuka Osamu, satu nama yang cukup besar dalam dunia animasi Jepun. Peminat anime kalau tak kenal Tezuka Osamu memang... ugh. Ok la, aku bagi hint. Antara karya popular beliau: Astro Boy.
Selain stail mata, ekspresi muka watak anime jugak sangat unik. Biasanya, emosi watak-watak anime ditonjolkan dengan cara yang berlebih-lebihan. Macam, sengaja buat over. Lebih kurang camtu la. Dengan cara macam ni la aksi komedi dalam anime dipaparkan secara spontan. Tengok muka diorang pun rasa nak tergelak. One of the best things about anime. :)) Kalau marah, sampai berapi-api dengan vein yang berdenyut-denyut kat dahi. ;D
4. Jenis-jenis sub-genre dan demographic group
Selain genre-genre umum yang kita semua tau macam drama, horror, thriller, comedy, etc, anime ada sub-genre tersendiri.
Harem - watak utama dikelilingi oleh beberapa watak lain yang berlainan jantina darinya. Biasanya merujuk kepada seorang watak lelaki yang dikelilingi oleh sekumpulan watak perempuan. Kalau bertentangan pulak dipanggil reverse harem.
Mahou shoujo (magical girl) - banyak sangat anime yang ada tema mahou shoujo. Contoh paling popular: Sailor Moon. Watak terdiri daripada perempuan yang ada kuasa luar biasa . teringat zaman sek rendah dulu hahahah pagi2 tengok cerita nie hahahha.. cerita nie sampai sekarang masih on going ... cuma kat tv kita ja xdak hahaha
Mecha - siri-siri yang ada je robot, perang-perang robot yang dikendali pilot-pilot dipanggil 'mecha'. Salah satu contoh terbaik ialah siri GUNDAM.. cerita macam nie i tak layan hahah .. geng2 laki overdose la dengan cerita nie.
Yaoi - memaparkan hubungan antara lelaki dan lelaki. Ehem. Gay, maksud aku. Yeap, salah satu sebab kenapa sesetengah anime bukan untuk semua.
Yuri - memaparkan hubungan antara perempuan dengan... err, perempuan. =.=
Dua2 genre nie pun i memang tak pernah layan hahaha. geli geliman ngat aih..
Demographic group untuk anime juga berbeza-beza mengikut kandungan dan genre. Biasanya demographic group ni digunakan untuk mengklasifikasi manga, which in other word is, comics. Selain anime dan manga untuk kanak-kanak, macam citer musang kucing berwarna biru tanpa telinga yang datang dari abad ke-21, ada jugak yang disasarkan untuk golongan tertentu. Tapi ianya tak terhad untuk golongan tersebut je.
Shounen untuk budak lelaki berumur 10 tahun ke atas. Biasanya cerita lawan-lawan. Good vs evil. Contoh: Fullmetal Alchemist, Dragon Ball, One Piece, Naruto etc. Aku pun paling suka tengok shounen anime. ;D
Shoujo untuk budak perempuan umur 10 tahun ke atas. Fokus lebih kepada hubungan dan emosi manusia. Biasa la, perempuan kan suka benda-benda romantik macam ni. Eww. Contoh: Fruits Basket , Sailor Moon, Vampire Knight, Ouran High School Host Club, etc.
Seinen untuk lelaki umur 18-30 tahun. Beza dengan shounen ialah fokusnya lebih kepada realiti. Contoh: Gantz, Ghost in the Shell, etc.
Josei untuk perempuan umur 18-30 tahun. Biasanya tentang pengalaman hidup wanita-wanita Jepun. Kisahnya lebih realistik berbanding shoujo. Contoh: Honey & Clover, Paradise Kiss, etc.
.
.
.
.
haha
korang dapat tak nie hahahahah
anime japan nie memang meluas gila. peminat dari umur 10 tahun hingga ke 30tahun aku jumpa dalam group otaku . ops ! i hanya masuk dalam group tu nak ambik info anime best2 ja haha
tapi i sekali layan anime ada limit jugak
kadang2 bosan jugak kalau hari2 tengok. mmg akan bosan.
so sekarnag nie 2 3 bulan sekali ja bila ada cerita baru2 .
OK KORANG DAPAT TAK NIE ? YANG NAK DISAMPAIKAN NIE
INFO JELAS TAK ??? HAHAH
Kenapa nk tgk online movie!?
ReplyDelete